Allah matlamat kami

Demi Allah & Rasul tercinta, Demi Al-quran tersemat di dada, kugagahkan jua diri ini...

Palestin berdarah lagi....Hari ini masuk hari keempat serangan tel aviv ke atas bandar Gaza.Walau apapun alasannya,seranga ke atas penduduk palestin yang tidak beersenjata langsung tidak boleh diterima bagi manusia yang punya hati..

Hari pertama,serangan ditujukan kononnya pada kedudukan pejuang,hari kedua pula pula lebih seratus tan bom digugurkan sehingga mnyebabkan masjid-masjid dan hospital rosak teruk..APA ERTI SEMUA INI???..kalau pejuang-pejuang(mujahid) yang diperangi yang diperangi,mengapa masjid dan hospital menjadi sasaran?

Amerika pula melalui jurucakap rumah putihnya,gordon johnroe,menyalahkan hamas atas apa yang berlaku,walhal jelas sudah siapa sebenarnya dalang disebalik serangan tersebut(baca : BUTA KE!!!).Jelas sudah bahawa mengharapkan amerika untuk menghalang serangan tel aviv ke atas amerika ibarat menunggu buah yang tidak gugur,ibarat menanti kucing bertanduk...MUSTAHIL SAMA SEKALI.

Benarlah firman Allah dalam Al-Quran:

dan orang-orang yahudi dan nasrani selamanya tidak akan redha ke atas kamu (wahai Muhammad) melainkan engkau menuruti millah mereka...” (Al-Baqarah:120)

Apakah kita hanya akan berdiam diri melihat saudara kita diserang sebegitu rupa?apakah kita hanya akan berdiam diri melihat ibu bapa kita dibunuh,adik-adik perempuan dan kakak-kakak kita diperkosa,abang-abang dan adik-adik lelaki kita di disembelih dan dihancurluluhkan tubuh-tubuh mereka...?



TIDAK SEKALI-KALI



Ayuh bangkitlah wahai diri dari lena kalian,bangunlah bermunajat pada Allah diwaktu manusia diulit mimpi,berdoalah(qunut nazilah) di setiap solat fardhu,perbaikilah diri kalian dari segala kerosakan rohaniah. Sesungguhnya apabila kita berperang,kita merasa kesakitan sebagaimana mereka(puak kuffar) merasa kesakitan apabila kita menyerang,TETAPI INGAT!!! Kita punya Allah tempat berharap dan meminta pertolongan,satu kekuatan yang tiada ada pada mereka.

Bertitik tolak dari kebencian kerana Allah kepada puak bersekutu tel aviv (amerika syarikat) ayuh bersama-sama kita menghadiri INTIFADHAH di hadapan kedutaan AS,jalan tun razak pada jam 11pagi ini (30/12/2008).

AYUH,ZAHIRKAN KEBENCIAN KITA!!!

SETIAP LANGKAH MENUJU SYAHID...ALLAHU AKBAR!!!

MATI DI JALAN ALLAH,CITA TERTINGGI KAMI !!!


Chekgu_Hafiza
Editor: NuurZaffan






Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.



Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/


Coretan editor
: Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.


ini hari pertama aku menulis disini,sudah lama sebenarnya ingin aku menulis di blog ini,alhamdulillah hari ini aku berpeluang.
tidak ada apa yang ingin diperkatakan hari ini,tulisan ini hanya sebagai batu loncatan untuk aku terus menulis dan menulis.
bukan sekadar merakam kenangan,juga sbg muhasabah diri,dan wadah dakwah.

dan Allah jualah yang paling mengetahui...