Allah matlamat kami

Demi Allah & Rasul tercinta, Demi Al-quran tersemat di dada, kugagahkan jua diri ini...



“Tanggal tiga puluh satu..

bulan lapan lima puluh tujuh

hari yang mulia,

hari bahagia,

sambut dengan..jiwa yang merdeka...

mari kita seluruh warga negara..

ramai-ramai menyambut hari merdeka..

MERDEKA!!!

Tiga satu bulan lapan..lima puluh tujuh,

Hari mulia negaraku merdekaaa..

Merdekaaa...merdekaa...MERDEKA!!!”

Begitulah sedikit sebanyak lirik lagu merdeka yang aku ingat. Lagu ini dihasilkan dan dinyanyikan sendiri oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad ketika hayat beliau.

Setelah hampir 500 tahun tanah melayu dijajah,

Bukan sedikit darah yang tumpah,

Bukan sedikit air mata yang mengalir,

Bukan sedikit keringat mencurah,

tanggal 31 Ogos 1957 menjadi saksi perisytiharan merdeka tanah melayu tercinta.

MERDEKAAA!!!

Cintaku bukan kerana tanah ini tanah melayu, tapi kerana tanah ini menjadi tapak berkembang suburnya islam dikalangan masyarakat setempat suatu ketika dahulu. Bermula dengan ketibaan pedagang Arab yang datang untuk menyebarkan islam disamping berniaga, sehinggalah kepada penggubalan undang-undang berasaskan syariah di kebanyakan negeri-negeri melayu...hampir-hampir sahaja rahmat islam itu tersebar luas di segenap pelusuk tanah melayu ini.

Namun, sekitar tahun 1500,segalanya menjadi kelam dan kusam.ketibaan kapal-kapal portugis ketika itu bukanlah seperti ketibaan kapal pedagang biasa. Kapal-kapal itu mempunyai keinginan yang luar daripada biasa, 3G menjadi matlamat mereka (God,Glory,Gospel).

Bermula hari itu,negeri ini tidak pernah aman dari peperangan.

Bermula hari itu,rakyat mula kenal apa erti perjuangan,

Bermula hari itu,rakyat mula merasakan,pentingnya kedaulatan.

Dalam sejarah yang kita belajar di sekolah,perjuangan menuntut kemerdekaan seringkali ditonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan pihak yang ‘menang’. Tokoh-tokoh awal perjuangan seperti,Tok Janggut,Abdul Rahman Limbong dan ulama’ yang sezaman dengan mereka,jarang sekali diperincikan tujuan dan perjalanan perjuangan mereka,malahan nama-nama seperti Ibrahim Hj Yaakob,Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,Ishak Haji Mohamad,Dr. Burhanuddin Al-helmi dan Ahmad Boestaman dilupai dan dianggap golongan kiri atau golongan arus bawah yang tidak berfungsi langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Apakah segala tanggapan ini benar? Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilai dan mengkajinya.

Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Persoalan yang lebih pokok,apakah kita ini merdeka dengan sebenar-benar merdeka?

Apakah kita merdeka dalam erti kata bebas mentadbir mengikut acuan sendiri?

Ataukah kemerdekaan ini sebenarnya kemerdekaan bersyarat yang langsung tidak punya erti merdeka?


Kata orang,merdeka itu ertinya kamu bebas bebas berbuat apa sahaja yang kamu suka..tiada kekangan dan tiada kongkongan.

Kata hukama’,merdeka seperti itu tak ubah seperti layang-layang yang putus talinya,terbang entah ke mana tiada hala dan tujuan,akhirnya terhempas jatuh ke tanah.

Kata hukama’ lagi,Merdeka yang sebenarnya adalah ibarat layang-layang yang terikat pada tali tuannya,semakin lama semakin tinggi,tali itu menjadikannya lebih terarah dan berkuasa,bebas dan gembira meneroka langit biru...

Layang-layang itu kita,tali itu islam...

tanpa tali layang-layang bisa jatuh terhempas, tanpa islam manusia bisa hanyut binasa.

Islam itu bukan kongkongan, islam itu panduan hidup,

Barangsiapa yang mencari selain daripada islam sebagai cara hidup, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi Aali ‘Imran:85

Kerna apa layang-layang terbang?

Kerana adanya angin,

Layang-layang itu tegar melawan angin,sedang dia berpegang teguh dengan tali itu, maka dia terbang semakin tinggi.

Tanpa tali,layang-layang terbang mengikut angin,akhirnya jatuh ke tanah,jatuh yang tidak dapat bangun lagi.

TALI TIDAK PERNAH MENJADI MUSUH LAYANG-LAYANG,

TALI SELALU MENJADI SAHABAT TERBAIK LAYANG-LAYANG

Berpegang teguhlah dengan Islam nescaya diri ini tinggi dan mulia kerana-Nya.

ISLAM...Dulu...Kini...Selamanya..

-Sekadar renungan...Ramadhan Kareem...Salam Merdeka