Allah matlamat kami

Demi Allah & Rasul tercinta, Demi Al-quran tersemat di dada, kugagahkan jua diri ini...

Perlu atau tidak?

Sgt berilmu...
Perkara yang kita ingat perlu, sebenarnyer tak perlu.. Sepatutnya start terus jalan!!!!

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni.. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.>

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar.. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya men> gagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

SUMBER

p/s : ni valid utk kenderaan yang berteknologi moden je,untuk yang tk berapa nak moden memang kena panaskan enjin dulu,tapi takdelah sampai 20-30 minit, 5 minit ke bawah dah cukup. Apa2 pun,baca manual dulu (",)



“Tanggal tiga puluh satu..

bulan lapan lima puluh tujuh

hari yang mulia,

hari bahagia,

sambut dengan..jiwa yang merdeka...

mari kita seluruh warga negara..

ramai-ramai menyambut hari merdeka..

MERDEKA!!!

Tiga satu bulan lapan..lima puluh tujuh,

Hari mulia negaraku merdekaaa..

Merdekaaa...merdekaa...MERDEKA!!!”

Begitulah sedikit sebanyak lirik lagu merdeka yang aku ingat. Lagu ini dihasilkan dan dinyanyikan sendiri oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad ketika hayat beliau.

Setelah hampir 500 tahun tanah melayu dijajah,

Bukan sedikit darah yang tumpah,

Bukan sedikit air mata yang mengalir,

Bukan sedikit keringat mencurah,

tanggal 31 Ogos 1957 menjadi saksi perisytiharan merdeka tanah melayu tercinta.

MERDEKAAA!!!

Cintaku bukan kerana tanah ini tanah melayu, tapi kerana tanah ini menjadi tapak berkembang suburnya islam dikalangan masyarakat setempat suatu ketika dahulu. Bermula dengan ketibaan pedagang Arab yang datang untuk menyebarkan islam disamping berniaga, sehinggalah kepada penggubalan undang-undang berasaskan syariah di kebanyakan negeri-negeri melayu...hampir-hampir sahaja rahmat islam itu tersebar luas di segenap pelusuk tanah melayu ini.

Namun, sekitar tahun 1500,segalanya menjadi kelam dan kusam.ketibaan kapal-kapal portugis ketika itu bukanlah seperti ketibaan kapal pedagang biasa. Kapal-kapal itu mempunyai keinginan yang luar daripada biasa, 3G menjadi matlamat mereka (God,Glory,Gospel).

Bermula hari itu,negeri ini tidak pernah aman dari peperangan.

Bermula hari itu,rakyat mula kenal apa erti perjuangan,

Bermula hari itu,rakyat mula merasakan,pentingnya kedaulatan.

Dalam sejarah yang kita belajar di sekolah,perjuangan menuntut kemerdekaan seringkali ditonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan pihak yang ‘menang’. Tokoh-tokoh awal perjuangan seperti,Tok Janggut,Abdul Rahman Limbong dan ulama’ yang sezaman dengan mereka,jarang sekali diperincikan tujuan dan perjalanan perjuangan mereka,malahan nama-nama seperti Ibrahim Hj Yaakob,Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,Ishak Haji Mohamad,Dr. Burhanuddin Al-helmi dan Ahmad Boestaman dilupai dan dianggap golongan kiri atau golongan arus bawah yang tidak berfungsi langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Apakah segala tanggapan ini benar? Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilai dan mengkajinya.

Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Persoalan yang lebih pokok,apakah kita ini merdeka dengan sebenar-benar merdeka?

Apakah kita merdeka dalam erti kata bebas mentadbir mengikut acuan sendiri?

Ataukah kemerdekaan ini sebenarnya kemerdekaan bersyarat yang langsung tidak punya erti merdeka?


Kata orang,merdeka itu ertinya kamu bebas bebas berbuat apa sahaja yang kamu suka..tiada kekangan dan tiada kongkongan.

Kata hukama’,merdeka seperti itu tak ubah seperti layang-layang yang putus talinya,terbang entah ke mana tiada hala dan tujuan,akhirnya terhempas jatuh ke tanah.

Kata hukama’ lagi,Merdeka yang sebenarnya adalah ibarat layang-layang yang terikat pada tali tuannya,semakin lama semakin tinggi,tali itu menjadikannya lebih terarah dan berkuasa,bebas dan gembira meneroka langit biru...

Layang-layang itu kita,tali itu islam...

tanpa tali layang-layang bisa jatuh terhempas, tanpa islam manusia bisa hanyut binasa.

Islam itu bukan kongkongan, islam itu panduan hidup,

Barangsiapa yang mencari selain daripada islam sebagai cara hidup, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi Aali ‘Imran:85

Kerna apa layang-layang terbang?

Kerana adanya angin,

Layang-layang itu tegar melawan angin,sedang dia berpegang teguh dengan tali itu, maka dia terbang semakin tinggi.

Tanpa tali,layang-layang terbang mengikut angin,akhirnya jatuh ke tanah,jatuh yang tidak dapat bangun lagi.

TALI TIDAK PERNAH MENJADI MUSUH LAYANG-LAYANG,

TALI SELALU MENJADI SAHABAT TERBAIK LAYANG-LAYANG

Berpegang teguhlah dengan Islam nescaya diri ini tinggi dan mulia kerana-Nya.

ISLAM...Dulu...Kini...Selamanya..

-Sekadar renungan...Ramadhan Kareem...Salam Merdeka

"betul ke PR ni diterima rakyat? ataupun diorang je yang perasan?",

tiba-tiba sahabatku membangkitkan persoalan ini...
hmm...ia membuatkan aku terfikir...
"betul juga tu? tapi,apa indicatornya?".

apa kata kalau kita buat perbandingan keputusan PRU.
berikut adalah keputusan dari beberapa buah bandar (di beberapa kawasan di selangor dan seluruh Kuala Lumpur),tapi...mengapa bandar?

pada hemat aku;

"majoriti masyarakat bandar adalah masyarakat yang kaya dengan maklumat, dan terdiri dari golongan yang punya daya pemikiran yang tinggi.jadi, kebanyakan pengundi di bandar mengundi setelah mengambil kira maklumat dari kedua-dua belah pihak".



BAHAGIAN PILIHAN RAYA BILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITI PARTI MENANG

SELANGOR
2004
P.97 - SELAYANG


0 51,033 71.72% 1,444 23,226 BN
P.98 - GOMBAK


0 67,358 73.04% 691 13,207 BN
P.99 - AMPANG


0 47,479 71.26% 710 19,732 BN
P.100 - PANDAN


0 40,024 69.15% 632 14,112 BN
P.102 - SERDANG


0 59,850 75.92% 2,038 11,280 BN
P.103 - PUCHONG


0 40,496 67.84% 533 11,882 BN
P.104 - KELANA JAYA


0 50,803 70.06% 627 21,571 BN
P.105 - PETALING JAYA SELATAN


0 49,738 67.67% 1,008 21,416 BN
P.106 - PETALING JAYA UTARA


0 52,460 69.09% 619 13,043 BN
P.107 - SUBANG


0 52,017 75.67% 1,063 15,460 BN
P.108 - SHAH ALAM


0 52,336 75.66% 699 13,410 BN

2008
P.97 - SELAYANG


79,557 60,920 76.57% 1,506 3,567 PKR
P.98 - GOMBAK


99,153 75,619 76.26% 820 6,867 PKR
P.99 - AMPANG


69,132 51,097 73.91% 636 3,676 PKR
P.100 - PANDAN


64,497 48,309 74.90% 798 2,961 BN
P.102 - SERDANG


94,877 76,236 80.35% 2,072 21,025 DAP
P.103 - PUCHONG


75,625 59,317 78.44% 1,580 12,593 DAP
P.104 - KELANA JAYA


79,648 58,625 73.61% 1,065 5,031 PKR
P.105 - PETALING JAYA SELATAN


73,192 52,631 71.91% 1,044 5,706 PKR
P.106 - PETALING JAYA UTARA


76,618 56,295 73.47% 527 19,972 DAP
P.107 - SUBANG


84,414 65,861 78.02% 2,079 6,709 PKR
P.108 - SHAH ALAM


75,334 58,361 77.47% 749 9,314 PAS



KUALA LUMPUR
2004
P.114 - KEPONG


0 44,956 74.59% 212 1,854 DAP
P.115 - BATU


0 46,228 68.33% 309 11,517 BN
P.116 - WANGSA MAJU


0 37,254 73.51% 340 10,185 BN
P.117 - SEGAMBUT


0 40,261 70.20% 640 16,968 BN
P.118 - SETIAWANGSA


0 36,137 70.12% 292 19,669 BN
P.119 - TITIWANGSA


0 34,980 67.25% 189 11,815 BN
P.120 - BUKIT BINTANG


0 39,938 61.34% 499 304 DAP
P.121 - LEMBAH PANTAI


0 37,958 67.11% 213 15,288 BN
P.122 - SEPUTEH


0 53,718 71.91% 187 12,895 DAP
P.123 - CHERAS


0 46,533 68.64% 248 11,861 DAP
P.124 - BANDAR TUN RAZAK


0 50,015 74.38% 600 17,527 BN

2008
P.114 - KEPONG


60,775 47,508 78.17% 212 23,848 DAP
P.115 - BATU


70,544 51,303 72.72% 614 9,455 PKR
P.116 - WANGSA MAJU


54,509 39,798 73.01% 357 150 PKR
P.117 - SEGAMBUT


59,690 43,531 72.93% 541 7,732 DAP
P.118 - SETIAWANGSA


57,161 45,096 78.89% 918 8,134 BN
P.119 - TITIWANGSA


49,892 33,933 68.01% 191 1,972 PAS
P.120 - BUKIT BINTANG


59,986 40,441 67.42% 466 14,277 DAP
P.121 - LEMBAH PANTAI


56,650 41,289 72.88% 239 2,895 PKR
P.122 - SEPUTEH


76,891 58,207 75.70% 174 36,492 DAP
P.123 - CHERAS


68,725 50,571 73.58% 244 28,300 DAP
P.124 - BANDAR TUN RAZAK


72,628 54,995 75.72% 557 2,515 PKR

p/s; Selangor dan Kuala Lumpur adalah negeri TERMAJU di Malaysia.

sumber: http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php

Apa pendapat anda? ("betul ke PR ni diterima rakyat? ataupun diorang je yang perasan?")
Di saat rakyat melakukan perubahan,anda di mana?


Kata orang,nak mengundi ni KENA PAKAI OTAK.Mesti ada maklumat yang cukup,jangan main redah je.


Jangan jadi seperti lalang,meliuk-lentok dipukul angin,kalau ke kiri si angin,ke kirilah juga si lalang,ke kanan si angin,ke kanan jugalah si lalang.

Pilihanraya (Umum@kecil) bukanlah suatu benda yang boleh dipandang enteng,ia penentu masa depan,nasib dan maruah sesebuah negara.
Baik pemimpin,maka insyaaLlah baiklah negara tersebut.
Nabi pun pernah bersabda yang lebih kurang mafhumnya,cara hidup(deen) sesuatu masyarakat itu bergantung kepada deen pemerintahnya.
Dalam sistem demokrasi,rakyat adalah penentu,jadi,jangan disia-siakan hak ini.

Sedih juga hati ini apabila ada sebilangan rakan-rakan aku di kampus yang mengatakan,

"malaslah nak mengundi,"
"politik ni kotor,malas masuk campur"

"kalau kau tak nak mengundi, benci politik, untuk apa kau bernegara?".
__________________________________________________________________

Tahniah dan Takziah buat Ir.Nizar atas kemenangan di Bukit Gantang,
juga tahniah kepada S.Manikumar di Bukit Selambau.
Tanggungjawab yang besar menanti, moga dipermudah segala urusan.





"Orang cakap hari ini 'yaumul hazn'"


"harap-harap benda tu tak betul"




"tapi tanda-tandanya terlalu ketara"

"hishh..kau ni...jgn terlalu percaya cakap-cakap orang.
setiap orang ada cacat celanya"



"itu aku tahu. Tapi, ini bukan benda kecil.
kesilapan yg tak sampai setengah hari...membawa derita bertahun-tahun lamanya"




harapanku...
moga peristiwa ini bakal membuatkan rakyat lebih celik mata hatinya...
biarpun bakal menderita...


Takziah buat pelengkap 'RAHMAN'